|
Ditulis oleh Malaysiakini
|
|
Khamis, 28 Ogos 2008 |
Ratusan anggota Pemuda PAS akan mengedarkan risalah dakwah kepada pengunjung konsert penyanyi punk pop Avril Lavigne di Stadium Merdeka, Jumaat ini.  Timbalan Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan dijadual mengetuai lebih 500 ahli dewan itu untuk mengedarkan lebih 10,000 risalah kepada pengunjung beragama Islam di konsert itu yang diadakan bersempena siri jelajah antarabangsa penyanyi itu di Asia Tenggara. Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad memberitahu Malaysiakini, risalah nasihat tentang masalah sosial di kalangan remaja itu kini sedang dicetak. |
|
|
Ditulis oleh mStar
|
|
Khamis, 28 Ogos 2008 |
KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh pada jam 10:03 minit pagi di depan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Selepas upacara angkat sumpah tersebut, Anwar menandatagani surat akujanji. Pandikar kemudiannya mengalu-alukan Anwar sebagai ahli Parlimen yang baru dan mengumumkan kepada ahli Dewan Rakyat mengenai perlantikan Anwar sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen. |
|
|
Ditulis oleh Bernama
|
|
Rabu, 27 Ogos 2008 |
BUKIT MERTAJAM, 27 Ogos (Bernama) -- Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa kesal kerana tidak dapat mengangkat sumpah sebagai anggota Parlimen di Dewan Rakyat dalam masa terdekat ini. Persidangan mesyuarat ketiga penggal pertama Parlimen ke-12 yang bermula sejak 18 Ogos lepas akan ditangguhkan pada Jumaat ini selepas pembentangan Bajet 2009 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana bermulanya bulan Ramadan, bulan berpuasa bagi umat Islam, dan akan disambung semula selepas Hari Raya Puasa pada Oktober. |
|
|
Ditulis oleh Bernama
|
|
Rabu, 27 Ogos 2008 |
BUKIT MERTAJAM, 27 Ogos (Bernama) -- Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh setelah penasihat parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim menang dengan majoriti 15,671 undi pada pilihan raya kecil kawasan itu hari Selasa. Anwar, 61, memperolehi 31,195 undi sementara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Arif Shah Omar Shah, 51, mendapat 15,524 undi manakala calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) Hanafi Mamat, 61, hilang wang pertaruhan setelah hanya mendapat 92 undi. Sebanyak 447 undi rosak. |
|
|
Ditulis oleh Harakahdaily
|
|
Ahad, 24 Ogos 2008 |
|
PERMATANG PAUH, 24 Ogos (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merayu kepada pengundi di Permatang Pauh untuk bangkit menolak Barisan Nasional dengan segala fitnah yang dilemparkan terhadap, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Beliau menegaskan, pemilihan Anwar sebagai calon Pakatan Rakyat adalah merupakan langkah yang disepakati parti-parti gabungan Pakatan Rakyat untuk menumbangkan Umno-Barisan Nasional dalam hari pengundian pada 26 Ogos ini. Katanya, erti kemerdekaan tidak akan bermakna jika pemikiran dan jasad rakyat terus dijajah oleh BN sekian lama. Beliau juga mengajak pengundi-pengundi yang berada di luar Permatang Pauh, khususnya ahli-ahli PAS untuk pulang mengundi Anwar. Presiden PAS itu berkata demikian dalam surat terbukanya kepada pengundi Permatang Pauh yang diedarkan hari ini, seperti berikut; |
|
|
Ditulis oleh Harakahdaily
|
|
Sabtu, 23 Ogos 2008 |
|
KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu surat terbukanya kepada pengundi Permatang Pauh merayu agar rakyat membuktikan keazaman menghentikan fitnah yang sangat menjelekkan dalam kempen pilihan raya kecil ini. Surat yang disiarkan dalam laman web permatangpauh.com itu, Tuan Guru Nik Aziz menyatakan bahawa selepas mengikuti perkembangan dalam kempen pilihan raya kecil di permatang pauh beliau merasakan ia adalah sebuah pilihan raya yang sengit. "Umno-BN melihat pertarungan ini perlu memberi kemenangan mandatori kerana kekalahan boleh membawa kepada Pakatan Rakyat maju ke hadapan untuk mara ke Putrajaya. "Mereka cukup takut kedatangan tanggal 16 September 2008 kerana di sana ada sesuatu yang mereka percaya akan berlaku. Jadi menyekat Anwar Ibrahim adalah menjadi keutamaan mereka yang paling atas," ujarnya dalam surat tersebut. |
|
|
Ditulis oleh Malaysiakini
|
|
Jumaat, 22 Ogos 2008 |
Menteri Besar Perak Datuk Mohamad Nizar Jamaluddin menuduh Badan Pencegah Rasuah (BPR) membuat dakwaaan palsu berhubung penahanan dua exco kerajaan negeri itu dalam siasatan kes rasuah. Bercanggah dengan dakwaan BPR, Nizar berkata, kedua-duanya tidak ditahan di sebuah hotel atau kerajaan negeri telah meluluskan projek perumahan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar. Sehubungan itu, beliau meminta BPR supaya membuat memohon maaf secara terbuka kepada dua exco tersebut. Jamaluddin Mohd Rozi dan Mohd Osman Mohd Jailu - dua orang exco daripada PKR dalam kerajaan campuran tiga parti melibatkan juga DAP dan PAS - ditahan kelmarin bersama dua ahli perniagaan, seorang ahli Majlis Daerah Perak Tengah dan seorang juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP). |
|
|
|
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Selepas > Akhir >>
|