Berita
Utama
PM: Kenyataan terbaru Ahmad tidak boleh diterima sama sekali
| PM: Kenyataan terbaru Ahmad tidak boleh diterima sama sekali |
| Ditulis oleh mStar | |
| Selasa, 09 September 2008 | |
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan, beliau "sangat tidak gembira" dengan kenyataan Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail (gambar) hari ini yang menyalahkan Gerakan dan tetap mempertahankan kenyataannya yang berbau perkauman berhubung masyarakat Cina di negara ini. Pada sidang akhbar ringkas pada majlis berbuka puasa di Wisma Putra di sini, Abdullah berkata, kenyataan Ahmad itu adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali. "Saya sangat tidak gembira dengan situasi ini... saya akan mengambil tindakan tegas berhubung perkara ini... semestinya," kata beliau dipetik Bernama. Abdullah berkata demikian kepada pemberita selepas diminta mengulas kenyataan Ahmad pada sidang akhbar di bangunan Umno Pulau Pinang hari ini yang menyalahkan Gerakan dan tetap mempertahankan pendiriannya berhubung kenyataannya yang berbaur perkauman bahawa masyarakat Cina merupakan pendatang di negara ini. Ahmad didakwa mengeluarkan kenyataan itu ketika berceramah pada kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh baru-baru ini. Perdana Menteri berkata, tindakan yang sewajarnya ke atas Ahmad akan diputuskan selepas beliau dan Timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak bersemuka dengan Ahmad esok (Selasa) bagi mendapatkan penjelasan daripadanya. "Kami akan minta beliau (Ahmad) menjelaskan mengapa keadaan sedemikian berlaku dan tindakan akan diputuskan (selepas itu)," katanya. Kelmarin, Perdana Menteri berkata, Ahmad telah menjelaskan bahawa beliau membuat kenyataan berdasarkan fakta sejarah dan bukannya berunsur perkauman seperti yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan. "Tak payahlah cerita pasal blog hari ini," tegasnya.
eMail ini
Hits: 291 Komen
(0)
Anda perlu daftar masuk untuk menulis komen. Sila daftar jika anda tiada akaun lagi.
|