Skip to content

Pemuda PAS Kawasan Seremban

You are here: Laman Utama arrow Berita arrow Kenyataan Rasmi
Kenyataan Rasmi
SERUAN HIJRAH : JOM SERTAI PAS
Ditulis oleh Administrator   
Isnin, 29 Disember 2008

 Tahniah diucapkan kepada Dewan Pemuda PAS Pusat dan Lajnah Pemerkasaan Parti PAS Pusat yang telah menganjurkan kempen “Jom Sertai PAS” yang telah dilancarkan secara rasminya oleh Presiden PAS beberapa hari yang lalu.

Meletakkan golongan muda sebagai sasaran utama, Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan (DPPNS) melihat ia adalah sesuatu yang amat bertepatan dengan suasana yang ada pada hari ini yang terus menyaksikan golongan muda mudi di negara ini diheret ke arah perkara-perkara yang merendahkan nilai mereka sebagai golongan yang dianggap sebagai harapan agama, bangsa dan negara.

 

 
UCAPAN TAKZIAH
Ditulis oleh Administrator   
Ahad, 28 Disember 2008

Yaazima-al-uzamak,

Menghadap Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ampuan Negeri Sembilan Darul Khusus Tuanku Najihah binti Al-Marhum Tunku Besar Burhanuddin D.K., D.M.N.,D.K. (Kedah), D.K. (Kelantan) S.P.T.J., S.P.M.K. yang bersemayam pada masa ini di Istana D.Y.M.M. Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan dengan beberapa selamat dan kesejahteraannya.
 

Ampun Tuanku Beribu-ribu Ampun,
 

UCAPAN TAKZIAH

Ehwal adalah patik dengan segala hormat dan takzimnya merafakkan sembah dan berdoa Kehadrat Allah Taala, mudah-mudahan Kebawah DYMM Tuanku sentiasa berada dalam selamat kesejahteraannya.

Ampun Tuanku Beribu-ribu Ampun,

2. Warkah ikhlas yang tidak sepertinya ini adalah sebagai pengganti diri daripada patik bagi pihak pimpinan dan ahli-ahli Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) diutus dengan hasrat merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga di atas kemangkatan kembalinya ke rahmatullah Allahyarham Duli Yang Maha Mulia Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan pada hari ini.

Ampun Tuanku Beribu-ribu Ampun,

3. Patik sekalian mendoakan agar seluruh ahli keluarga tabah dan bersabar menghadapi ujian yang telah melanda. Patik sekalian juga mendoakan agar roh almarhum ditempatkan bersama-sama roh orang-orang yang soleh jua.

Patik akhiri warkah yang tidak sepertinya ini dengan doa Kehadrat Allah mudah-mudahan Kebawah DYMM Tuanku dilanjutkan usia dan berada di dalam kesejahteraan.

Sekian sahaja patik sembah maklum, diiringi dengan salam takzim jua adanya. Amin Ya-Rabbal-Alamin dan Jazakallah Khairan Kasiro.
 
Adalah patik dengan segala
 

Hormat takzimnya,
 

YB SALAHUDDIN AYUB
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
 
Siumankah Untuk Mengatakan Pas Bekerjasama Dengan Umno
Ditulis oleh YB Hj Mahfuz Omar   
Selasa, 24 Jun 2008
TIDAK semena-mena bertiup kencang cerita PAS sedang berunding dengan Umno untuk mengadakan kerjasama atau pakatan politik, kononnya demi ketuanan politik Melayu. Entah siapa yang memulakannya, tetapi ia telah tersebar luas di blog-blog dan juga berkeliaran dalam sms.

Ramai juga peminat politik yang percayakan desas-desus ini kerana mungkin logik juga kalau hendak dicarikan sebab mengapa PAS perlu bekerjasama dengan Umno. Tetapi ramai yang memandang jejek kepada perbuatan ini jika PAS berhasrat demikian.

Tidak timbul isu ini benar atau tidak, kerana saya sudah pun menafikan adanya rundingan sulit untuk ‘mengahwinkan’ PAS dengan Umno. Lagipun perkahwinan politik seperti ini mungkin ‘tidak sah’ kerana antara PAS dan Umno memang tidak ‘sekufu’. PAS mempunyai dasar Islam, sedangkan Umno ‘beraqidah’ Islam Hadhari. Jika Umno itu ‘ahli Kitab’ ada juga tendensinya, tetapi dengan Islam Hadhari ini PAS terpaksa menjauhkan diri. Lagipun PAS amat tidak sekufu dengan Umno kerana PAS adalah parti yang masih suci, sedangkan Umno sudah terpalit dengan noda-noda rasuah, politik wang, kronisme, nepotisme dan macam-macam kebejatan yang lain.
 
Royalti minyak: Setelah rakyat dizalimi, akhirnya hak dikembalikan
Ditulis oleh Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang   
Ahad, 15 Jun 2008

Setelah sekian lama rakyat Terengganu dizalimi dan dinafikan hak untuk memperolehi hasil royalti minyak, maka akhirnya bayaran royalti ini dikembalikan ke pangkuan rakyat negeri Terengganu.

Pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri pada 14 Jun 2008 bahawa bayaran royalti minyak ini akan dikembalikan telah memberi gambaran bahawa sememangnya pembayaran tunai hasil royalti minyak sejak dari 5 September 2000 telah dinafikan walaupun ianya telah termaktub dalam perjanjian perundangan antara kerajaan pusat dan negeri Terengganu.

Ternyata rakyat telah dianiaya dan dizalimi hasil dari tindakan politik sempit kerajaan pusat apabila PAS mengambilalih pentadbiran kerajaan negeri Terengganu pada tahun 1999 yang lalu.

Penafian hak ini berlaku semata-mata kerana rakyat telah melaksanakan tanggungjawab berdasarkan kepada lunas demokrasi dalam pilihan raya.

 
Tindakan Mahathir menghancurkan UMNO
Ditulis oleh Dato' Tuan Guru Hj Abdul Hadi Bin Awang   
Selasa, 20 Mei 2008

Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan keluar dari Umno merupakan satu tindakan yang radikal sekaligus membuktikan betapa Umno kini berada dalam keadaan yang sangat parah, dengan penyakit rasuah, amalan tidak demokratik dan penipuan yang bukan hanya diamalkan dalam pilihan raya malah sesama mereka sendiri di dalam parti.

PAS merasakan tindakan Tun ini turut membuktikan yang Umno sudah tidak layak lagi diberikan kepercayaan untuk menjadi penyelamat negara, bangsa Melayu dan agama Islam.

PAS sentiasa tegas dan konsisten dengan Islam sebagai penyelamat kepada bangsa Melayu dan negara seluruhnya.

 
PERUTUSAN HARI RAYA AIDIL FITRI PRESIDEN PAS
Ditulis oleh Administrator   
Jumaat, 05 Oktober 2007
Saya bagi pihak Parti Islam Se Malaysia (PAS) mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Idulfitri kepada semua umat Islam khasnya rakyat Malaysia samada yang berada di tanahair ataupun di luar negara. Sesungguhnya hari ini adalah hari kurniaan Allah swt kepada mereka yang telah berjaya menjalani ibadat puasa sepanjang bulan Ramadhan dengan penuh ketaatan kepada Nya, mengerjakan segala yang disuruh dan menjauhkan segala yang dilarang.
 
Pecat Mufti: Gerakan sudah keterlaluan
Ditulis oleh Administrator   
Sabtu, 07 April 2007
Ustaz Ahmad Awang
Parti Gerakan Wilayah Persekutuan dalam konvensyennya baru-baru ini telah mengusulkan supaya Mufti Perak, Dato' Seri Harussaini Zakaria dipecat daripada jawatannya.
 
Sekolah-sekolah Malaysia terperangkap dengan kemudahan dan kurikulum dunia ketig
Ditulis oleh Administrator   
Khamis, 22 Mac 2007
Anwar Ibrahim, Penasihat KeADILan.
Dasar pendidikan seharusnya menjadi asas dasar pembangunan sesebuah negara. Maka adalah amat merisaukan ketika kita berada di ambang Kemerdekaan negara yang ke 50, sekolah-sekolah kita masih lagi terperangkap dengan kurikulum dunia ketiga dan banyak lagi yang tidak memiliki 'kemudahan dunia pertama' kita.