Skip to content

Pemuda PAS Kawasan Seremban

You are here: Laman Utama arrow Berita arrow Tempatan
Tempatan
Mufti N9 di pecat?
Ditulis oleh Administrator   
Khamis, 01 Januari 2009

 Mufti Negeri Sembilan, Dato' Mohd Murtadza Ahmad yang kontraknya tamat semalam (31/12/2008) tidak akan disambung semula. Menurut maklumat dalaman yang di terima ini berikutan desas-desus yang sering diperkatakan kebelakangan ini tentang krisis beliau dengan Menteri Besar, Dato' seri Muhammad Hassan.

Akhbar dalam talian, Harakah Daily sebelum ini ada melapurkan tentang krisis diantara Mufti dan MB. Krisis ini disebabkan sikap tidak hormat MB terhadap Mufti dan Institusi Agama di negeri ini berikutan tindakan Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Mohamad Hassan yang didakwa  cuba mengambil alih pengurusan Akaun Amanah Mufti Kerajaan Negeri.

 
Daulat Tuanku - Tunku Mukhriz dimasyhur Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11
Ditulis oleh Administrator   
Isnin, 29 Disember 2008

 Gambar ihsan mStar

KUALA PILAH, 29 Dis -- Tunku Mukhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, 60, hari ini dimasyhurkan sebagai Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-11.

Istiadat pemasyhuran itu dilakukan oleh Undang Luak Sungai Ujong Datuk Klana Petra Datuk Mubarak Dohak.

Upacara yang disiarkan secara langsung melalui Radio Televisyen Malaysia (RTM) berlangsung di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, dekat sini.

Pemasyhuran Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan yang baru itu dilakukan berikutan kemangkatan Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.

Pelantikan Yang DiPertuan Besar itu dilakukan mengikut Adat Perpatih.

 
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Mangkat
Ditulis oleh Benama   
Sabtu, 27 Disember 2008
 SEREMBAN, 27 Dis (Bernama) -- Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, mangkat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini pada kira-kira pukul 11.45 pagi ini. Baginda berusia 86 tahun.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Norzam Mohd Nor yang membuat pengumuman itu di HTJ berkata Almarhum baginda berada dalam keadaan tidak sihat pagi ini selepas mengadu sakit kepala dan tidak selesa.

"Baginda mengadu kurang sihat dan sakit kepala pada pukul 8.10 pagi dan pihak HTJ telah dihubungi dan dua Pakar Perunding Kanan HTJ, Datuk Dr Tarmizi Thayaparan dan Datuk Dr K. Sree Raman telah bergegas ke Istana Hinggap di Seremban untuk memberikan rawatan kepada Tuanku,'' kata beliau pada sidang akhbar khas mengumumkan kemangkatan baginda di Bilik VIP HTJ hari ini.
 
Jangan beli rumah di Negeri Sembilan
Ditulis oleh SuaraN9   
Rabu, 03 Disember 2008
Kalau macam ni caranya , nampaknya orang ramai akan tawar hati membeli rumah di N.Sembilan. Industri perumahan di N.Sembilan akan merudum. Kerajaan negeri pula tiada usaha bersungguh-sungguh menangani masalah perumahan terbengkalai sehingga N.Sembilan mencatat kedudukan kedua tertinggi projek perumahan terbengkalai di Malaysia. Kalau nak beli rumah di N.Sembilan, beli yang dah siap.

Beberapa kisah malang pembeli rumah terbengkalai di Negeri Sembilan di laman web http://terbengkalai.blogspot.com

Peratusan Projek Yang Masih Terbengkalai N.Sembilan adalah kedua tertinggi peratusannya iaitu 55%.  Rujukan : http://amkns.blogspot.com/2008/11/nsembilan-ketiga-terbanyak-perumahan.html
 
Projek kereta api berkembar diperjelas
Ditulis oleh Sinar Harian   
Rabu, 03 Disember 2008
REMBAU – Satu majlis pembentangan taklimat berhubung Projek Landasan Kereta api Berkembar Elektrik yang menghubungkan Seremban – Gemas diadakan melibatkan pemilik tanah di Dewan Merdeka Baru, Majlis Daerah Rembau, kelmarin.

Pengarah Tanah dan Galian Negeri, Mohd Sidek Ahmad berkata, bagi pelaksanaan projek yang dijangka siap awal Januari 2012 , masyarakat akan mendapat manfaat daripada segi penjimatan masa perjalanan Seremban ke Gemas dan memberi peluang pembangunan kepada negeri ini.
 
Jalan pintas Lebuh Raya Kajang-Seremban diharap tak jejas penduduk
Ditulis oleh Berita Harian   
Selasa, 02 Disember 2008
2 Disember 2008. SEREMBAN: Penduduk Taman Bukit Margosa di Paroi, dekat sini berharap pemaju projek Lebuh Raya Kajang-Seremban, laluan pintas menghubungkan bandar ini serta Kajang yang turut melalui taman itu supaya tidak mengabaikan kepentingan mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Persatuan Penduduk Taman Bukit Margosa, Zakaria Sheikh Othman, berkata penduduk tidak menghalang pembangunan, tetapi kontraktor projek itu perlu mengambil kira kepentingan mereka.

Katanya, pemaju tidak boleh mengetepikan begitu saja pandangan jawatankuasa berkenaan yang mewakili suara penduduk, sebaliknya perlu berbincang bagi memastikan hak dan kepentingan orang ramai tidak terjejas dengan pelaksanaan projek terbabit.

 
Konvokesyen PASTI Kawasan Seremban dan Rasah 2008
Ditulis oleh Administrator   
Jumaat, 21 November 2008

Seremban - Pada 9 November yang lalu bertempat di Dewan Theaterette, Kolej Negeri Kampus Chedang, Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Seremban dan Rasah telah mengadakan hari Konvokesyennya dengan dihadiri oleh tetamu undangan istimewa, YB Mohd Taufek Abd Ghani, ADUN Paroi yang juga Penasihat PASTI Negeri Sembilan.

YB Mohd Taufek, didalam ucapannya berkata, jasa dan pengorbanan guru-guru PASTI harus diambil perhatian yang serius. Guru-guru PASTI telah banyak berkorban demi untuk memastikan anak-anak kita mendapat pendidikan dan menjadi insan yang sempurna.

 
Pemuda PAS Negeri Sembilan buat rombakan kecil saf kepimpinan
Ditulis oleh Administrator   
Rabu, 19 November 2008

SEREMBAN, 19 Nov (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan (DPPNS) yang dipimpin oleh Adun Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani telah membuat rombakan kecil kepimpinan pergerakan itu 16 November lalu.

Rombakan itudibuat berikutan salah seorang exconya, Syazwan Zulkapli telah berpindah ke Perak di atas tujuan kerja.

Syazwan sebelum in diamanahkan memimpin Jabatan PASTI Negeri.

Berikutan itu, Jabatan PASTI Negeri Sembilan diketuai oleh, Ustaz Mohd Nazri Zainuddin menggantikan Syazwan.

 
Kerusi terbang warnai mesyuarat Umno Seremban, perwakilan cedera
Ditulis oleh mStar   
Isnin, 10 November 2008

 SEREMBAN: Mesyuarat peringkat bahagian yang dijadual berakhir semalam 'tercemar' apabila Persidangan Perwakilan Umno Seremban terpaksa ditangguhkan ekoran pergaduhan sehingga menyebabkan dua perwakilan cedera ringan.

Persidangan tersebut akan diadakan minggu depan, kata Setiauasaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Kata beliau, Ibu Pejabat Umno akan menghantar pasukan khas untuk mengendalikan persidangan bahagian itu.

 
Sidang media bersama – Keadilan dan UMNO menolak konspirasi yang melibatkan Anwar Ibrahim.
Ditulis oleh Norazizi Abd Aziz   
Khamis, 03 Julai 2008

 Arena politik di Negeri Sembilan hari ini mencatat sejarah apabila Parti Keadilan Rakyat Bahagian Rembau bersama dengan Pemuda UMNO dari Bahagian Rembau telah mengadakan sidang media bagi menolak Isu liwat yang kononnya dilakukan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat). 

Penyelaras Parti Keadilan Rakyat Bahagian Rembau, Norazizi A. Aziz  telah menyatakan dalam sidang medianya bahawa beliau telah dihubungi oleh beberapa orang pimpinan UMNO di peringkat bahagian dan cawangan di Rembau untuk mengetahui perkembangan terkini tentang isu yang melibatkan Dato, Seri Anwar Ibrahim ini. 

“Walaupun mereka tetap berjuang dalam wadah politik UMNO tetapi mereka tetap menolak konspirasi politik terbaru yang melibatkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang jelas tidak masuk akal. Memang kita akui kita mempunyai perbezaan pendapat dalam menyatakan prinsip dalam parti masing-masing tetapi dalam isu ini kami telah ambil keputusan untuk menolak konspirasi ini secara bersama. Mereka juga  menyatakan kekesalan terhadap isu yang jelas tidak menguntungkan rakyat ini..” 

 
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 Selepas > Akhir >>

Keputusan 1 - 20 dari 72