|
Ditulis oleh Kickdefella
|
|
Isnin, 21 Julai 2008 |
|
Biarlah UMNO terjun dengan Dollahnya, biarkan! Biarkan! Mengapa ada pemimpin ‘tertinggi’ PAS sanggup main belakang untuk bertemu dengan Abdullah? Atau ini semua hanyalah mainan Abdullah untuk menghuru-harakan PAS terutamanya apabila mengambil kira, • PAS akan berdepan dengan Muktamar Tahunannya bulan Ogos ini. • UMNO akan berdepan dengan Mesyuarat Agung Bahagian Ogos ini. • September ini adalah tarikh yang disebut oleh Anwar bila Kerajaan Abdullah akan tumbang dan Pakatan Rakyat akan menubuhkan Kerajaan baru. |
|
Ditulis oleh Suhaizan Kaiat
|
|
Ahad, 20 Julai 2008 |
|
Polimik isu Muzakarah semakin diperkatakan sekarang. Ia bermula apabila kenyataan Presiden PAS yang menyatakan PAS boleh berjumpa dengan sesiapa sahaja untuk menyampaikan mesej Islam termasuk UMNO. Kenyataan ini disambut oleh Presiden UMNO untuk bermuzakarah dengan PAS. Isu muzakarah ini telah berlarutan sejak tahun 1985 lagi apabila Tun Dr Mahathir ketika itu menjadi Perdana Menteri mencabar berdebat dengan Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang yang ketika itu menjadi Naib Presiden PAS. Walaubagaimana pun situasi masa kini sedikit berbeza kerana waktu ini UMNO dalam keadaan tertekan dengan isu dalaman dan kekalahan teruk Barisan Nasional dalam pilihanraya 2008. Sementara PAS pula dalam keadaan yang lebih baik dibandingkan dengan tahun 1985. Muzakarah kali ini lebih terarah kepada persoalan Islam, Melayu dan pendidikan. |
|
Ditulis oleh Administrator
|
|
Sabtu, 20 Oktober 2007 |
Assalamu'alaykum..
Jujur penulis katakan,antara rakan bloggers yang penulis kenali,penulis mungkin blogger yang paling malas mengulas berkenaan keberangkatan Dr Syeikh Muszaphar ke angkasa.Ramai teman penulis sendiri mengkritik,membelasah dan tidak kurang juga yang cuba husnuzzan kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri Abdullah Badawi dengan harapan moga-moga berpadananlah hasil yang diterima daripada misi yang dilaporkan mencecah kos RM100 juta.RM 100juta bukan sedikit.Andai jumlah sebesar itu digunakan bagi membina rumah kos rendah,maka 25 000 rakyat kerdil akan dapat berteduh dari hujan dan panas.Tidak perlu lagi rakyat Kampung Berembang hidup di dalam khemah dan tidak perlu lagi penduduk Kampung Bujal menangis melihat tumbangnya masjid mereka.Andai wang sebanyak itu disalurkan untuk kemudahan pendidikan,maka ratusan ribu remaja Islam tidak perlu menanggung beban riba PTPTN. |
|
Ditulis oleh Administrator
|
|
Khamis, 04 Oktober 2007 |
Roslan SMS Ahli Dewan Undangan Negeri DAP kawasan Sg Pinang, Sdr Teng Chang Khim (yang telah digantung keahliannya oleh DUN Selangor) baru-baru ini mendedahkan bahawa kesemua ADUN BN dari Selangor telah dan akan pergi bercuti secara rombongan ke Negeri Cina bersama isteri masing-masing selama 11 hari.
Rombongan pertama telah pun berlepas pada 21 Ogos dan 1 September lepas. Menurut Teng beliau mendapat maklumat yang rombongan ini akan dibiayai oleh Pejabat Menteri Besar. |
|
Ditulis oleh Administrator
|
|
Khamis, 04 Oktober 2007 |
A Kadir Jasin ADA sesetengah pembesar yang mewakili kabinet dan perkhidmatan awam nampaknya tidak sabar-sabar menghebahkan perkhabaran buruk kepada rakyat jelata. Manakala yang lain pun bermati-matian menafikan kesahihan berita itu.
Pihak yang pertama nampaknya tidak dapat lagi menunggu sehingga selepas musim perayaan untuk menyampaikan berita-berita yang mendukacitakan itu. |
|
Ditulis oleh Administrator
|
|
Isnin, 24 September 2007 |
|
Berikut adalah versi terbaru transkrip perbualan Tun Fairuz dan VK Lingam yang telah dikemaskinikan untuk memastikan tahap ketepatan yang lebih tinggi. Versi asal Bahasa Inggeris serta penterjemahan Bahasa Malaysia turut disediakan. |
|
Ditulis oleh Administrator
|
|
Selasa, 03 Julai 2007 |
|
Dr Shafie Abu Bakar Kini para imam yang menyertai 'Muzakarah Imam-Imam Peringkat Kebangsaan 2007' yang berlangsung di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (Dectar), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi selama lima hari (25–29 Jamadilawal 1428=11-15 Jun 2007) telah pulang ke tempat masing-masing. |
|
Ditulis oleh Administrator
|
|
Isnin, 07 Mei 2007 |
Oleh Penembak Badak Tiada yang lebih kontroversi dan boleh disalahtafsirkan di dalam ucapan Tun Dr Mahathir Mohamed di Kota Bharu selain dari kerelaannya dengan berat hati untuk melihat PAS sekali lagi menumbangkan Umno di Kelantan di dalam pilihan raya umum ke-12 akan datang. |
|
Ditulis oleh Administrator
|
|
Sabtu, 17 Februari 2007 |
Oleh Ruhanie Ahmad Segolongan rakyat Malaysia kebelakangan ini mempunyai satu persepesi kononnya Khairy Jamaluddin mewujudkan satu pakatan politik secara sulit dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. |
|
Ditulis oleh Administrator
|
|
Selasa, 06 Februari 2007 |
Ali Bukhari Amir Selepas empat bulan berlalu, akhirnya Student Representative Council Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (SRC UIAM) telah diluluskan. Suatu kejadian yang aneh berlaku dalam universiti kita apabila barisan kepimpinan pelajar itu dibekukan pihak berwajib dalam tempoh ‘iddah selama lebih empat bulan. |
|
|
<< Mula < Sebelum 1 2 Selepas > Akhir >>
|
| Keputusan 1 - 20 dari 27 |