|
Ditulis oleh CheGu Bard
|
|
Rabu, 28 Mei 2008 |
|
Saya Badrul Hisham Bin Shaharin, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Parti Keadilan Rakyat dengan ini menafikan mempunyai hasrat memasuki Umno dan menolak dikaitkan dengan kemasukan Saudara Mohamad Ezam Mohd Nor ke dalam Umno. Saya juga menafikan bahawa Ezam ada memujuk saya memasuki Umno dan jauh lagi menawarkan habuan untuk saya memasuki Umno atau keluar keADILan. Saya kurang pasti niat mengenai laporan perbagai media yang melaporkan ada pertemuan sulit saya dan Ezam. Memang diakui saya ada bertemu beliau dan kerap berhubung dengan beliau mutaakhir ini, sebagai seorang teman. Tiada pertemuan sulit. Kami membincangkan secara serius mengenai masa depan GERAK sebuah gerakan muda yang memfokuskan usaha pembenterasan rasuah dan pemerkasaan demokrasi yang saya terlibat membantu Ezam menubuhkanya. GERAK telah diserahkan kepada sekumpulan anak muda untuk mengekalkan sikap non partisan demi matlamat kelahiranya yang lebih besar. |
|
Ditulis oleh Administrator
|
|
Sabtu, 29 Mac 2008 |
|
PAS melihat kabinet baru Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi ini lebih merupakan kabinet untuk menyelamatkan kedudukan politik beliau sebagai PM dan Presiden Umno dan bukannya untuk membina Malaysia yang baru. Nama-nama yang telah diumumkan itu kebanyakkannya merupakan mereka yang setia dengan Abdullah manakala mereka yang dikira rapat dengan Timbalan Presiden Umno Dato Seri Najib Tun Razak telah dicantas. |
|
Ditulis oleh Administrator
|
|
Isnin, 22 Oktober 2007 |
Anwar Ibrahim PADA hari ini tiga orang pegawai dari Badan Pencegah Rasuah mengunjungi pejabat saya buat kali kedua dalam tiga minggu berikutan siasatan mereka terhadap rakaman video yang telah saya siarkan kepada awam pada 19 September 2007. Saya menghargai kerjasama BPR yang berterusan tetapi saya ingin menegaskan kegusaran saya bahawa kerajaan menggunakan BPR untuk melambatkan siasatan sebenar dan mengalihkan perhatian orang ramai dari isu-isu penting berkaitan salahlaku kehakiman yang ditimbulkan oleh video tersebut. |
|
Ditulis oleh Administrator
|
|
Selasa, 09 Oktober 2007 |
|
8 Oktober 2007 - Merujuk kepada perkembangan terkini dimana dua individu dari Parti Keadilan Rakyat (keADILan) telah diberikan notis 'ugutan' mendesak mereka mendedahkan identiti sumber klip video perbualan seorang peguam mengenai perlantikan hakim. |
|
Ditulis oleh Administrator
|
|
Khamis, 26 April 2007 |
|
ORGANISASI HARAM PANTAU IPTA Meskipun sesudah didedahkan di dalam media alternatif suatu dokumen berkenaan dengan penubuhan organisasi ‘haram’ Jawatankuasa Pemantau IPTA semasa Pilihanraya Kecil DUN Machap, Kementerian Pengajian Tinggi yang diterajui oleh Mustapa Mohamed masih meneruskan agenda kotor yang sama di Pilihanaraya Kecil DUN Ijok kali ini, iaitulah tindakan tidak bermoral dengan menggunakan jentera Hal Ehwal Pelajar (HEP) untuk mengesan sebarang keterlibatan mahasiswa IPTA untuk membantu Parti Keadilan Rakyat (PKR) di dalam pilihanraya kecil ini dan pada masa yang sama menyusun gerakerja kakitangan IPTA dan mahasiswa pro kerajaan bagi memenangkan calon Barisan Nasional. |
|
Ditulis oleh Administrator
|
|
Sabtu, 10 Februari 2007 |
Ustaz Haji Ahmad Awang Penolakan Dato' Ali Rustam terhadap permintaan golongan Cina Muslim untuk membina sebuah masjid Cina di Melaka menunjukkan betapa Ketua Menteri Melaka mempunyai sikap bias terhadap komuniti berkenaan. |
|
Ditulis oleh Administrator
|
|
Sabtu, 13 Januari 2007 |
|
KEPUTUSAN Barisan Alternatif (BA) untuk memboikot Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri Batu Talam adalah satu keputusan berprinsip menolak kepincangan dan penipuan di dalam pengendalian pilihan raya di Malaysia demi mempertahankan hak dan maruah rakyat Malaysia agar tidak lagi dinafikan pilihan mereka pada hari mengundi. |
|
Ditulis oleh Administrator
|
|
Khamis, 11 Januari 2007 |
|
RAUB, 11 Jan (Hrkh) - PAS dan Parti KeADILan Rakyat (PKR) mengumumkan untuk memboikot pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Batu Talam yang dijadualkan berlangsung 28 Jan ini. |
|
Ditulis oleh Administrator
|
|
Isnin, 11 Disember 2006 |
|
KUALA LUMPUR, 11 Dis (Hrkh) - Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi gagal memacu ekonomi negara dan menjadi punca ekonomi Malaysia hilang hala tuju. |
|
Ditulis oleh Administrator
|
|
Khamis, 30 November 2006 |
|
Oleh Anwar Ibrahim Kerajaan sepatutnya merendahkan harga runcit petrol di Malaysia berikutan penurunan harga minyak mentah sedunia, keuntungan Petronas yang meningkat dan kadar inflasi yang tinggi. |
|
|