Skip to content

:: pemudapasseremban.net ::

Anda di sini: Laman Utama
Sidang media bersama – Keadilan dan UMNO menolak konspirasi yang melibatkan Anwar Ibrahim. PDF Cetak Emel
Ditulis oleh Norazizi Abd Aziz   
Khamis, 03 Julai 2008

 Arena politik di Negeri Sembilan hari ini mencatat sejarah apabila Parti Keadilan Rakyat Bahagian Rembau bersama dengan Pemuda UMNO dari Bahagian Rembau telah mengadakan sidang media bagi menolak Isu liwat yang kononnya dilakukan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat). 

Penyelaras Parti Keadilan Rakyat Bahagian Rembau, Norazizi A. Aziz  telah menyatakan dalam sidang medianya bahawa beliau telah dihubungi oleh beberapa orang pimpinan UMNO di peringkat bahagian dan cawangan di Rembau untuk mengetahui perkembangan terkini tentang isu yang melibatkan Dato, Seri Anwar Ibrahim ini. 

“Walaupun mereka tetap berjuang dalam wadah politik UMNO tetapi mereka tetap menolak konspirasi politik terbaru yang melibatkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang jelas tidak masuk akal. Memang kita akui kita mempunyai perbezaan pendapat dalam menyatakan prinsip dalam parti masing-masing tetapi dalam isu ini kami telah ambil keputusan untuk menolak konspirasi ini secara bersama. Mereka juga  menyatakan kekesalan terhadap isu yang jelas tidak menguntungkan rakyat ini..” 

 
Liwat: Usaha terancang sekat kemaraan Pakatan kuasai Putrajaya PDF Cetak Emel
Ditulis oleh HarakahDaily   
Ahad, 29 Jun 2008

KOTA BHARU, 29 Jun (Hrkh) Isu dakwaan liwat kononnya dilakukan Datuk Seri Anwar Ibrahim dianggap usaha terancang pihak tertentu bagi menyekat kemaraan Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya dalam masa terdekat ini.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, tuduhan liwat kali kedua terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu disifatnya sebagai usaha menyekat kemaraan kerajaan baru yang semakin mara ke Putrajaya.

Akibat keutuhan kerjasama dan pengaruh Pakatan, pihak lawan menghidupkan semula pertuduhan lapuk dengan harapan sekali lagi Anwar cuba dibuktikan melakukan kesalahan tersebut, katanya dalam satu kenyataan di sini.

 
Anwar berlindung di Kedutaan Turki PDF Cetak Emel
Ditulis oleh MalaysiaKini   
Ahad, 29 Jun 2008
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sedang mendapatkan perlindungan di Kedutaan Turki di Kuala Lumpur. Bercakap dalam satu sidang akhbar, Naib Presiden Azmin Ali mendedahkan Anwar berbuat demikian demi keselamatan dirinya. "Beliau telah dihantar ke sana sejak jam 6 pagi tadi. Tidak siapa pun yang boleh menziarahi beliau kecuali isteri dan anak-anaknya," kata Azmin.

Katanya, tidak dapat dipastikan sampai bila Anwar akan berlindung di kedutaan tersebut. Dalam sidang akhbar sebelumnya, Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali berkata, usaha terbaru untuk membabitkan Anwar dalam tuduhan liwat ekoran laporan polis oleh bekas sukarelawan parti itu, menunjukkan usaha lebih serius oleh pihak-pihak tertentu untuk menutup mulutnya.
 
Azizah dedah gambar Saiful Bukhari dengan orang kanan Najib PDF Cetak Emel
Ditulis oleh HarakahDaily   
Ahad, 29 Jun 2008

 SHAH ALAM, 29 Jun (Hrkh) -Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam sidang media sebentar tadi mendedahkan gambar pengadu kes Anwar, Saiful Bukhari Azlan dengan Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Khairil Anas Yusof.

Gambar itu akhirnya mencetus tanda tanya samada kes dakwaan liwat terbaru membabitkan Anwar itu adalah berpunca dari konspirasi seseorang.

Beliau tidak mendedahkan siapa yang menyerahkan gambar tersebut namun disyaki adanya konspirasi seperti kes pada tahun 1998 membabitkan Anwar.

Namun menurut sumber, Saiful adalah Pegawai Khas Anwar yang menjadi sukarelawan ketika pilihan raya umum lalu dan beliau dikatakan bukan ahli KeADILan.

 
Anwar dakwa laporan polis satu tindak balas PDF Cetak Emel
Ditulis oleh MalaysiaKini   
Ahad, 29 Jun 2008

anwar quality hotel 270608 press conferenceKetua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata laporan polis yang dibuat terhadapnya yang mendakwa beliau telah meliwat seorang kakitanganya, adalah satu rekaan semata-mata.

Dalam satu kenyataannya awal pagi ini, Anwar percayai ia adalah ulangan daripada apa yang berlaku pada 1998 di mana dakwaan yang sama dilemparkan terhadapnya secara paksaan.

Katanya, ia jelas merupakan satu percubaan terdesak regim Barisan Nasional (BN) untuk menyekat pergerakan rakyat Malayaia ke arah kebebasan, demokrasi dan keadilan.

 
AMK kawal Anwar di Hotel Quality PDF Cetak Emel
Ditulis oleh MalaysiaKini   
Ahad, 29 Jun 2008
Angkatan Muda Keadilan (AMK) sedang mengumpulkan ahli-ahlinya untuk ditugaskan mengawal sekitar Hotel Qualitiy di Shah Alam untuk menghadapi kemungkinan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangkap dalam tempoh 48 jam ini.
Difahamkan, mereka sedang mengumpulkan kira-kira 1,000 orang ahli AMK dari 22 bahagian PKR, khususnya di Selangor mengawal pintu-pintu masuk utama ke hotel berkenaan.
 
Laporan polis terhadap Anwar atas dakwaan liwat PDF Cetak Emel
Ditulis oleh MalaysiaKini   
Ahad, 29 Jun 2008
Satu laporan polis telah dibuat terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa telah meliwat seorang pembantunya.
Laporan tersebut dibuat oleh mangsa yang berusia 23 tahun di balai polis Jalan Travers jam 6 petang tadi. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman mengesahkan laporan tersebut dibuat. Difahamkan Anwar telah menemui beberapa pemimpin parti dalam satu mesyuarat tergempar lewat malam ini.
 
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 Selepas > Akhir >>

Al Quranul Karim

Firman Allah SWT


Surah: Al-Muddatstsir (74)
Ayat: 42
 Listen to this ayat (verse)  ãóÇ Óóáóßóßõãú Ýöí ÓóÞóÑó
74.42 . Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Saqar (neraka)?

[ Srh. Al-Muddatstsir : 42 ]

Tinjauan

Tuduhan terbaru terhadap DS Anwar Ibrahim...
 

Semak Daftar SPR

Untuk Semakan Daftar Pemilih,
sila klik logo dibawah:

spr

Carian

Siapa Online

Statistics

Ahli: 76
Berita: 750
Capaian Web: 5
Pengunjung: 557626

Tranungkite

Malaysiakini

Utusan

Berita Harian

Berita Dunia

Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi

Mohd Taufek bin Abd Ghani
E-mel Alamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya
Tel 019-6576540
 


Pusat Khidmat Masyarakat Paroi

No 22 , Jalan Bunga Raya 27
Taman Tasik Jaya
70400 Seremban , N.Sembilan
Tel : 06-6794609

Peta Pejabat Khidmat DUN Paroi di SINI

Waktu pejabat :
Isnin - Khamis : 8 pagi - 5 petang
Jumaat : 8 pagi - 12 tengahari ; 2 petang - 5 petang
Sabtu : 8 pagi - 12 tengahari . Ahad : Tutup
Tel : 019-2171942 , 019-6576540 , 013-3589328

Sumbangan Pusat Khidmat Paroi melalui akaun Bank Islam Msia Bhd (BIMB)
Nama akaun : PAS Dun Paroi
No akaun : 05012010063902
Hubungi Sdr Hassan 019-2171942

Borak DPPKS

Latest Message: 1 week, 3 days ago
  • kgbatu : (Dr Ahmad)
  • kgbatu : Pgrm Hari Kesihatan Anjuran TERAS bersama Surau Hikmah,Saroja APTMNT 29/6/08, 8am-10am. Hrp maklum.
  • SYED ZAKARIA : Sila layari laman web surau2faber dari masa kesemasa untuk mendengar rakaman kuliah zohor terbaru di Surau Menara 2 Faber Towers, Jln Klang Lama. KL.«link»
  • admin : Ayahanda kepada Sdr. Zulkarnain Zaki, Tim. Ketua Pemuda PAS Kawasan Seremban telah kembali ke Rahmatullah dan dikebumikan pagi ini. Al Fatihah.
  • Bidasari : Makluman-Perasmian pusat Komuniti MTD dun Senaling akan dirasmikan pada 31.5.08 bersamaan hari sabtu & perasmiannya akan disempurnakan oleh Ir Amirudin Hamzah Exco Kerajaan Negeri Kedah-S/usaha Pas Caw.K Sg. Dua K Pilah NS.
  • admin : Ayahanda kepada Sdr. Zulkarnain Zaki, Timbalan Ketua Pemuda PAS Seremban sedang nazak di Wad ICU Hospital Seremban. Doakan kesejahteraan beliau.
  • Bidasari : senaling dari24.5.08 ditunda pada satu tarikh yang belum disahkan kerana beberapa masalah teknikal yang tak dapat dielakkan.dari Bohari Kasdo-S/Usaha Pas Caw. Sg. Dua K Pilah
  • Bidasari : Hari bersama rakyat & perasmian pusat komuniti MTD dun
  • Bidasari : Hari bersama rakyat,Pusat Komuniti & Madrasah Dun  senaling akan dirasmikan pada 24.05.08(sabtu)masa 10pg.-2ptg,antara aktiviti khidmat kesihatan,kemudahan internate,pameran,peraduan mewarna kanak2.
  • Bidasari : Pas kawasan K Pilah telah mengadakan mesyuarat Agung Tahunan pada 11Mei 08 diMarkas MTD Dun Senaling K Pilah dan perasmiannya olih Timb.Pesuruhjaya  badan perhubungan Pas NS-dari pas K Pilah
Please Login to shout..





Hilang Katalaluan?
Tiada akaun lagi? Daftar